Jumaat, 11 Disember 2009

Seorang nenek dari gereja Protestan(SIB) telah minta kami doa untuk dia di Uma Kelap Sg ASap,dengan senang hati kami setuju.



Ketua pasukan(hehe..) Muda mudi St Matthew Uma Nyaving Sg ASap-Hilari Ading@Sing tengah memimpin kawan2nya bernyanyi ditemani oleh Tifani Lavang(di Uma Kelap)

Ada sedikit kelewatan untuk saya berkongsi catatan perjalanan muda mudi St Matthew Uma Nyaving pada 10/12/2009 yang lepas.

Baiklah ceritanya begini.Petang itu aku dan isteri membelah hujan balik ke kampong untuk sama-sama memeriahkan acara karoling yang akan berlangsung malam nanti,kami singgah sebentar di market Urun untuk membeli sedikit bahan-bahan masakan,selepas itu dalam kesejukkan kami meneruskan perjalanan ke kampong.Kenapa sejuk? Hehe..kami dua guna motosikal.

Sebelumnya pada sebelah paginya aku telah mencadangkan kepada Mr Semon liah Asun agar beliau membawa pasukan muda mudinya ke Uma Bawang sementara kami Uma Nyaving akan ke Uma Kelap,bilangan bilik Katolik di kedua-dua rumah panjang ini adalah sedikit sahaja tetapi jarak antara satu bilik dengan satu bilik adalah jauh dan ditambah dengan kebiasaan guru sembahyang akan mengambil masa paling tidak pun 5 minit untuk berdoa di satu satu bilik maka saya cadangkan agar kami berpecah,beliau bersetuju.Menarik untuk diceritakan sedikit mengenai kawan kita Semon ini adalah,mulanya beliau adalah Kristian Protestan(SIB) tetapi Tuhan telah menetapkan bahawa jodohnya adalah dari kalangan umat Katolik,akhirnya dia telah convert,kini sudah hampir sebelas tahun beliau menjadi Katolik,keistimewaan beliau adalah pertama,beliau mahir bermain alat muzik dan menyanyi keduanya pula,suara beliau tidak memerlukan penggunaan alat pembesar suara haha..semulajadi besar,saya sering perhatikan beliau akan membangkitkan semula suara muda mudi untuk terus bernyanyi bila mereka(muda mudi) semakin kepenatan.Ya bukan satu tugas yang mudah untuk menyanyi secara ‘nonstop’ tanpa latihan bagi peringkat amatur seperti kita ini.Tahniah diucapkan kepada beliau.

Berbalik kepada cerita muda mudi Uma Nyaving tadi,sampai sahaja aku dan isteri di kampong di dapati sudah ada di antara mereka yang sudah rapi menunggu untuk mula karoling sahaja lagi,masa itu sekitar jam 6.20pm,mereka sedikit risau pasal pengangkutan ada atau tidak.Maka aku dan ketua sembahyang pun berbincang,akhirnya ada,2 buah,sekali lagi terima kasih kepada Bro Stephen.Sementara aku punya isteri dan kakak bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk dikongsikan bersama pada malam ini,aku menyertai muda mudi ke Uma Kelap,sekitar jam 7.oomalam. Karoling di Uma Kelap bermula sekitar jam 7.30pm dan berakhir jam 8.20pm,jumlah bilik Katolik di sana hanyalah 4/120 bilik.Apakah yang menyebabkan 4 bilik itu mengambil masa begitu lama untuk dikarolingkan? Aku sudah terangkan seperti di atas tadikan? Hehe..Puji Tuhan kerana dalam mereka hidup didampingi oleh saudara mara yang beragama Protestan(SIB) mereka ini telah tetap dengan iman Katolik mereka.Aku tahu bukan perkara yang mudah untuk tetap dengan Iman Katolik.Buktinya boleh kita lihat di Divine Mercy Uma Ukit,dalam beberapa kunjungan ku untuk sembahyang hari minggu bersama mereka sebelum ini(2007) mereka menyuarakan katakutan mereka bahawa dari hari ke hari iman Katolik mereka semakin luntur oleh kerana mereka jarang berdoa/sembahyang kerana tidak ada pemimpin yang memimpin.Apa yang dapat aku kongsikan dengan mereka hanyalah ‘bersabarlah’. Itu sahaja dan dalam kunjungan ku pada tahun 2009 ini didapati sudah ada di kalangan mereka yang telah menyeberang ke gereja SIB.Suatu ketika dahulu aku pernah berkata dalam mesyuarat gereja, ‘apabila kawan-kawan kita di gereja Uma Ukit,Penan Belangan,Uma Kelap dan Uma Bawang semakin mengecil jumlahnya setiap hari kerana mereka berpindah ke gereja Protestant maka kita janganlah marah mereka,kerana salah satu puncanya kenapa mereka berbuat begitu adalah disebabkan oleh diri kita sendiri’ dalam erti kata lain,puncanya adalah diri setiap umat Katolik di daerah Asap dan koyan ini yang sudah berpendidikan tinggi dan yang sudah kenal Tuhan itu sedikit lebih berbanding mereka tetapi telah gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka selaras dengan tanggungjawab yang tersirat apabila sahaja mereka dibaptis.Apa peranan seorang Katolik apabila ia sudah dibaptis? Makanya,bagi aku,masing-masing juga mesti bertanggungjawab apabila situasi yang tidak baik ini(tinggalkan gereja) berlaku.

Malam itu Lavang dan Sing telah berpadu suara memimpin kami dalam lagu karoling sambil tugas berdoa digalas oleh ketua sembahyang Uma Nyaving iaitu saudara Loren.Biar pun ada ketikanya suara mereka tenggelam timbul dan biar pun ada waktu-waktunya suara lari dari suara gitar tetapi aku melihat ini hanyalah permulaan bagi sebuah perjalanan yang panjang untuk muda mudi Katolik St matthew Uma Nyaving.Kelihatannya pada malam itu Andreas Uvet begitu bersemangat memetik gitar sambil bernyanyi.Aku bagitau Sing dan Lavang supaya nyanyi satu lagi itu berterusan dan berulang-ulang apa yang penting muzik berterusan dan ya mereka berdua telah berjaya menjalankan tugas itu.Menarik untuk dikongsikan juga adalah apabila seorang nenek yang sudah tidak dapat berjalan sendirian,dia terpaksa dipimpin telah menghampiri aku dan meminta agar kami berdoa untuk beliau,suara beliau antara dengar dan tidak maka terpaksalah seorang makcik menerangkan maksud sebenar beliau kepada ku,aku bagitau tidak ada masalah,walaupun beliau(nenek) adalah Protestan(SIB) jadi aku minta tolong Bro Stephen yang memimpin kami untuk sama-sama berdoa untuk nenek ini,aku terangkan untuk muda mudi bahawa apabila kita berdoa untuk nenek ini bukanlah bermaksud kita minta dia masuk Katolik tetapi kita mestilah berdoa supaya dan semoga beliau akan sentiasa punya hidup yang bahagia.Katolik bukan hanya berdoa untuk Katolik tetapi mesti juga berdoa untuk orang yang bukan katolik.

Setelah karoling selesai di Uma Kelap dan setelah membasahkan tekak dengan santapan yang disediakan oleh umat katolik uma kelap kami pun beransur ke Uma Nyaving sekitar jam 8.40malam,kami tiba di kampong,nampak gayanya Uma Nyaving telah bersedia untuk berkaroling tetapi tim karoling belum tiba.St Ambrose masih di Uma Bawang sementara St Joseph di rumah-rumah kerajaan.Maka kami pun menunggu,sementara menunggu kami pun bernyanyi karoling.jam 9malam St Ambrose pun tiba,jadi kami mengambil keputusan untuk mulakan karoling sambil St Joseph akan bergabung bila sahaja mereka tiba.Oleh kerana tim karoling telah bergabung maka suara muda mudi pun semakin menyengat,di sinilah aku melihat saudara Semon Liah Asun memainkan peranannya dengan meniupkan semangat muda mudi bila suara mereka semakin lemah dan kecil,maklumlah mereka sudah kepenatan di Uma Kelap dan Uma Bawang,setiap kali beliau besarkan suara nyanyian beliau setiap kali itulah suara muda mudi tinggi semula haha…kami bermula dari Blok A,B dan C,apabila kami bergerak ke Blok D maka muda mudi St Josepeh pun bergabung.Menarik untuk dikongsikan,muda mudi St Joseph adalah urat dawai tulang besi persatuan muda mudi Katolik daerah Asap/Koyan keseluruhannya.Aku lihat mereka memang agak terkehadapan berbanding dengan muda mudi dari kampong lain,mereka mahir bermain alat muzik dan mereka juga sangat pandai bernyanyi lagu-lagu gereja.Kerana itu aku sering menjadikan mereka sebagi contoh kepada muda mudi Uma Nyaving semenjak muda mudi uma Nyaving dihidupkan pada tahun 2007 dulu.Harap-haraplah mereka(muda mudi St Matthew Uma Nyaving) telah mengambil satu dua input yang berguna daripada mereka(muda mudi St Joseph) Muda mudi St Joseph ini aku lihat sentiasa berkesinambungan sahaja,dalam erti kata lain ‘patah tumbuh hilang berganti’ kahwin sahaja seseorang itu,maka beliau akan mula mengurangkan keterlibatannya dengan aktiviti-aktiviti muda mudi tetapi mereka tidak perlu risau kerana pelapis sudah ada.Bersara sahaja kawan kita Cecelia Ubong Merang kerana sudah kawin,aku lihat sudah ada pengganti beliau.Itulah keistimewaan muda mudi St Joseph Uma Badeng,oleh kerana mereka sangat ramai,akan terasa kehilangan mereka apabila mereka tidak hadir karoling,tetapi setakat ini mereka tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri.Suatu ketika dahulu muda mudi St Ambrose Uma Lahanan adalah pelengkap kepada St Joseph tetapi sekarang aku lihat St Ambrose sepertinya tidak bermaya,semoga kawan kita Semon liah ada idea-idea bagaimana untuk aktifkan mereka semula.

Memandangkan jarak antara satu bilik dengan bilik Katolik di Uma Nyaving adalah dekat sahaja maka karoling pada malam itu telah berjaya diselesaikan dalam jangka waktu yang disasarkan,jam 1050 malam.Dari blok D ke Blok E seterusnya tamat di blok F,kemudian saudara saudari terkasih berhimpun di ruai blok E untuk menjamu selera.Bagi pihak umat Katolik St matthew Uma Nyaving aku mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua muda mudi daerah Asap/Koyan kerana telah bersatu hati menjayakan karoling di Uma Nyaving dan tidak ketinggalan kepada katekis Nait dan ketua sembahyang Uma Nyaving-Loren serta saudara-saudari yang hadir pada malam itu.Terima kasih daun keladi,tahun depan datanglah lagi.

2 ulasan:

  1. Edem,upload la banyak lagi gambar,,nak tengok jg urat leher ko org nyanyi lagu xmas..hehheheh

    BalasPadam
  2. haha...sori la,komputer ni payah sangat nak uplod gambar,entah apahal? mungkin dah tua atau aku yang tak pandei? hehe...apa pun saya akan cuba.Tq

    BalasPadam