Isnin, 9 November 2009

Aktiviti Umat Katolik Asap/Koyan

Hari Para Arwah 2009.

Telah menjadi tradisi gereja Katolik di seluruh dunia akan berziarah ke kuburan pada 2.11.2009 bersempena dengan ‘Hari Para Arwah’. Umat Katolik di daerah Asap dan Koyan tidak ketinggalan bersatu hati dalam IMAN telah sama-sama mendoakan saudara dan saudari kita yang telah dipanggul pulang oleh Tuhan Yang Maha Esa dengan melakukan upacara ‘perberkatan kubur’.Upacara ini telah dipimpin oleh Rev.Fr Slyvester Ding.
Memandangkan daerah Asap dan Koyan ini mempunyai dua tempat istirehat kekal, maka jadual father pada hari itu adalah seperti berikut:
a) 8.ooam-Kubur Koyan
b) 10.ooam-Kubur Asap.
Biar pun sedikit terlewat(kerana ada masalah teknikal) tetapi akhirnya upacara pemberkatan kubur bagi kedua-dua tempat ini telah berjalan dengan lancar.
Cuma apa yang aku rasa agak terkilan adalah masih ada segelintir umat Katolik khasnya di daerah Asap/Koyan tidak mengambil serius tradisi Katolik ini.Kenapa ya? Aku pun tidak begitu pasti.

Karoling 2009

Semalam(8/11/2009 Ahad petang) bertempat di bilik mesyuarat Rumah Paderi Sg Asap telah berlangsung satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn Cecelia Ubong Merang untuk membincangkan program Karoling 2009.

Hasil mesyuarat antara lain telah bersetuju bahawa Karoling 2009 akan:

a) Dihoskan oleh persatuan Muda Mudi RC Asap/Koyan/Sambop diketuai oleh saudara Billy Jarang sambil dibantu oleh AJK induk Gereja dan AJK Wanita RC

b) Karoling akan dilangsungkan secara bergabung/berkelompok antara zon Asap,Koyan dan Sambop.

c) Karoling akan bermula dari 8/12/2009 hingga 18/12/2009.

Aturcara/jadual lengkap akan menyusul.