Ahad, 6 Disember 2009








Dengan naiknya Banner seperti tertera maka secara rasminya,mood umat Katolik di Asap dan Koyan termasuk Sambop memasuki ‘fasa krismas’ hehe..bermula dari malam ini nanti 7/12/2009 hingga 19/12/2009 rumah – rumah panjang yang ada umat Katoliknya akan berkumandang dengan lagu-lagu karoling seperti ‘Feliz Navidad,Suara Loceng ku’(sekadar sebut 2 sahaja) terima kasih kepada sahabat kita Pn Cecelia Ubong Merang kerana telah bersusah payah menyediakan lagu2 karol ini dalam versi bahasa Malaysia semenjak dari tahun 2006 yang lepas.

Tertera adalah jadual karoling tahun 2009(disediakan oleh Cecelia Ubong Merang dan Billy Jarang)

7/12/2009
Gereja Katolik Bt 6

8/12/2009
Gereja Katolik Lg Bala,Penan Talun,Divine Mercy Uma Ukit dan St Mary Uma Lesong

9/12/2009
St Michael Uma Balui Ukap dan Gereja Katolik Uma Belor

10/12/2009
Rumah kerajaan,uma Penan(simpang Uma Nyaving),Gereja Katolik Uma Kelap,Uma Bawang dan St Matthew Uma Nyaving Sg Asap.

11/12/2009
St John Uma Balui Liko

13/12/2009
St John Uma Sambop

15/12/2009
St Benedict Uma Bakong Bt 20

16/12/2009
St Joseph Uma Badeng

19/12/2009
St Ambrose Uma Lahanan

Menjadi tradisi umat Katolik di Asap dan Koyan akan mengadakan majlis penutup karoling dan pra krismas secara serentak,pada tahun ini St Ambrose telah dipilih sebagai tuan rumah bersempena dengan kejayaan saudara Nait Laban menghabiskan masa 3 tahun beliau mendalami ilmu2 katekis.Kita mengucapkan tahniah kepada sahabat kita Nait Laban(di lain kesempatan saya akan sambung tulisan saya berkenaan dengan tuaian banyak tetapi orang nak menuai sikit sahaja) kerana telah menyahut panggilan Tuhan untuk menjadi penuai,sama-samalah kita berdoa untuk beliau.

Bagi muda mudi aktiviti karoling adalah aktiviti/saat-saat yang mereka tunggukan kerana mereka boleh bergembira dan bersukacita bersama kawan-kawan mereka dari gereja ke gereja menyampaikan khabar gembira bahawa tidak lama lagi menyelamat dunia Jesus Crist akan lahir ke dunia.

Manakala bagi muda mudi Katolik St Matthew Uma Nyaving kemeriahan itu betul-betul hadir dalam jiwa mereka bermula dari tahun 2007 yang lepas,berkat cinta kasih Tuhan maka mereka tanpa rasa segan mahu pun malu telah bernyanyi dan berdoa bersama dengan kawan-kawan mereka dari gereja lain-kini mereka betul-betul dapat merasakan makna dan kemeriahan Krismas.Terima Kasih Tuhan.



Aku tengah berbincang dengan muda mudi St Matthew(6/12/2009) kelihatan Tifani Lavang ketawa ceria haha…puji Tuhan kerana akhirnya pintu hati datuk beliau berlembut akhirnya tahun 2008 Lavang pun dibaptiskan.lavang pernah meluahkan isi hatinya untuk ku bahawa beliau takut kerana datuk beliau pernah berkata bahawa lavang tidak boleh masuk Katolik selagi beliau(datuk)masih hidup,mulanya Lavang adalah penganut kepercayaan Bungan(agama tradisi Orang Ulu/Kayan) maka aku cakap ‘kamu ikutlah cakap datuk kamu itu,ada pun tujuan saya ajak kamu ikut2 kami dalam aktiviti2 gereja ini adalah untuk isi masa lapang kamu memang pun tujuan lainnya adalah untuk kenalkan kamu dengan RC tetapi RC tidak memaksa kamu masuk RC’ tau-tau dia nekad,jadi aku tidak boleh berbuat apa-apa.Manakala berbaju hijau adalah Kedidi serta berbaju hitam adalah Marvin-pemain muzik gereja.Bila aku mula hidupkan semula muda mudi RC St Matthew Uma Nyaving ni pada bulan ogos 2007 tidak ada seorang pun yang pandai bermain gitar..puji Tuhan sekarang sudah ada.


Mereka tengah dengar aku bercakap ni hehe…








Semogalah muda mudi ini suatu hari nanti akan menjadi garam dan batu karang kepada kelangsungan hidup St Matthew Uma Nyaving dan seterusnya menjadi ‘urat dawai tulang besi’Uma Nyaving itu sendiri suatu hari nanti.Dalam nama Tuhan tidak ada yang mustahil kan? Seperti yang tertulis pada Matius 7:7-12.Aku sangat percaya dan yakin bahawa Uma Nyaving akan boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kampung-kampung di Malaysia ini suatu hari nanti, dan keyakinan serta percaya saya itu saya sandarkan kepada St Matthew Uma Nyaving.
‘Bapa yang manakah akan memberi batu kepada anaknya apabila anaknya meminta roti? Bapa yang manakah akan memberi ular apabila anaknya meminta ikan? Walaupun kamu jahat,kamu tahu memberi apa yang baik kepada anak-anak kamu.Lebih-lebih lagi Bapa kamu yang Syurga;Dia akan memberi apa yang baik kepada mereka yang meminta daripada Dia(Matius 7:9-11)

Duduk atas kerusi adalah ketua sembahyang St Matthew Uma Nyaving Sg Asap-saudara Loren.Saya perhatikan beliau semakin menampakkan kemajuan dalam cara beliau memimpin sembahyang hari minggu.Masalahnya umat Katolik St Matthew Uma Nyaving adalah mereka telah gagal meletakkan Loren ini pada kedudukan yang sepatutnya,mungkinkah kerana mereka melihat bahawa mereka lebih terpelajar dan berpendidikan berbanding Loren yang asal usul beliau pun boleh dipertikaikan maka mereka mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari gereja? Hanya datang ke gereja pada 25/12 sahaja dan hanya apabila ada paderi/father datang melawat sahaja? Jujur cakap aku pun begitu dulu tetapi puji Tuhan kerana aku minta kepada Tuhan supaya membuka pintu hati ku untuk mengakui bahawa setiap manusia itu ada kelemahan dan kekurangannya-sama juga seperti para rasul yang kebanyakkan daripada mereka adalah berpendidikan rendah sahaja tetapi kenapa Jesus Crist memilih mereka sebagai pemimpin umat? Kenapa Jesus memilih St Peter yang 3 kali menyangkal Jesus(sebelum ayam berkokok) dan yang hanya nelayan sebagai ketua para rasul?
Maka untuk itu,marilah kita semua dengan rendah hati mengakui dan menghormati Loren sebagai ketua sembahyang St Matthew Uma Nyaving Sg Asap.












1 ulasan:

  1. maju trus orang muda katolik...
    salam kenal buat mudika St Matthew

    BalasPadam