Isnin, 1 Mac 2010

AMARAN SUPAYA BERHATI-HATI DENGAN GURU TAURAT DAN ORANG FARISI.
MATIUS 23:1-12

Lalu Yesus berkata kepada semua orang ramai dan kepada pengikutnya. ‘Guru Taurat dan orang Farisi diberi kuasa untuk mentafsirkan Taurat Musa.Oleh itu taatilah dan turutilah segala yang diperintahkan mereka.Tetapi jangan lakukan apa yang dilakukan mereka,kerana perbuatan mereka tidak sesuai dengan ajaran mereka.Mereka meletakkan beban yang berat dan susah dipikul ke atas bahu orang lain,tetapi mereka tidak mahu menghulurkan satu jari pun untuk menolong orang memikul beban itu.Mereka melakukan segala sesuatu hanya hanya untuk dilihat orang.Lihatlah betapa besarnya bekas ayat Alkitab yang diikat pada dahi dan lengan mereka.Perhatikan juga betapa panjangnya rumbai jubah mereka.Mereka gemar akan tempat yang terbaik di majlis jamuan dan akan kerusi istimewa di rumah ibadat.Mereka suka dihormati orang di pasar,dan suka dipanggil ‘Guru’.Janganlah minta orang menyebut kamu guru kerana kamu semua bersaudara dan guru hanya satu.Janganlah panggil sesiapa pun di dunia ini ‘Bapa’ kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di Syurga.Janganlah minta orang menyebut kamu ‘pemimpin’ kerana penyelamat yang di utus Allah,itu satu-satunya pemimpin kamu.Orang yang terbesar antara kamu harus menjadi pelayan kamu.Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.

Maksudnya:
Cara kelahiran/kehadiran Tuhan Jesus ke dunia ini samalah seperti kita semua,Bonda Maria mengandung sembilan bulan sama seperti ibu-ibu duniawi kita juga, yang bezanya hanyalah tempat di mana kita dilahirkan.Saya percaya hampir semua daripada kita lahir di tempat yang ‘best-best’.Saya lahir di kampong sahaja tetapi itu adalah tempat yang best juga jika dibandingkan dengan Tuhan Jesus yang dilahirkan di rumah haiwan/binatang. Kenapa Tuhan Allah membiar atau pun membenarkan agar Tuhan Jesus dilahirkan di rumah haiwan/binatang?
Bagi saya jawapannya ada pada petikan seperti di atas khasnya pada ayat 12 yang berbunyi ‘sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan’.Mesej Tuhan Jesus kepada kita adalah;
Jangan sombong dan pentingkan diri sendiri dalam idup ni kerana tidak ke mana-mana pun sombong dan pentingkan diri sendiri tu.
Jangan kita pikir kita adalah orang penting/orang yang sangat penting sehinggakan kita beranggapan semua orang sepatutnya tunduk,patuh dan ikut arahan kita kerana mereka adalah ‘bodoh,bangang,bengap’ khasnya kepada saudara dan saudari yang ada jawatan,nama dan pangkat dalam masyarakat kita-janganlah salah gunakan ‘siapa anda’ itu,sebab tiba masanya anda akan direndahkan oleh Tuhan Allah.

MENGHAKIMI ORANG
LUKAS 6: 37-38
Janganlah hakimi orang lain supaya Allah tidak menghakimi kamu juga.Janganlah hukum orang lain supaya Allah tidak menghukum kamu juga.Ampunilah orang lain supaya Allah mengampuni kamu juga.Apa yang kamu beri kepada orang lain Allah juga akan memberinya kepada kamu.Allah akan mencurahi kamu pemberian yang berlimpah-limpah.Sukatan yang kamu gunakan untuk orang lain akan digunakan oleh Allah Untuk kamu.

Maksudnya:
Lukas 6 mengajar kita supaya menginsafi diri bahawa hidup kita singkat sahaja di alam maya ini kerana itu gunakanlah masa yang singkat ini untuk hidup berkasih sayang.Bila kita adalah ‘orang penting’ dalam masyarakat gunakanlah kedudukan,jawatan atau pangkat kita itu untuk membahagiakan kehidupan orang lain bukan untuk menghakimi orang lain.

Kesimpulannya:
Tuhan Allah tidak pernah menciptakan/melahirkan kita ke alam maya ini ‘untuk diri kita sendiri’ tetapi kita adalah citra Tuhan Jesus.