Rabu, 9 Disember 2009

Aktiviti St Matthew Uma Nyaving Sg.Asap



Malam ini(10/12/2009) aktiviti karoling bagi daerah Asap,Koyan dan Sambop akan memasuki malam ke empat,malam ini pasukan karoling akan berpecah kepada tiga kumpulan di mana kumpulan yang diketuai oleh St Joseph Uma Badeng akan berkunjung ke kediaman pekerja kerajaan yang beragama Katolik dan Uma Nyaving Penan(simpang),manakala St Ambrose Uma Lahanan akan ke Uma Bawang sambil St Matthew Uma Nyaving akan ke Uma Kelap.

Agak menarik diulas adalah muda mudi St Matthew Uma Nyaving Sg Asap.Kenapa? kaum Ibu Katolik Uma Belor sangat gembira apabila melihat bahawa muda mudi St Matthew semakin aktif dari tahun ke setahun dan mereka mengucapkan tahniah untuk diri ku.Saya percaya mereka ikhlas memuji tetapi bagi aku ucapan tahniah itu bukanlah untuk diri ku sendiri tetapi ia adalah milik semua umat St Matthew Uma Nyaving(muda mudi dan golongan tua) kerana kalau pun aku bersungguh-sungguh tetapi tidak ada kerjasama dan keinginan dari diri mereka sendiri adakah St Matthew akan berada di tempatnya sekarang? Pasti tidak.Kenangan lama menyimpan cerita di mana gereja akan hanya didatangi oleh seorang dua umat apabila sembahyang hari minggu itu adalah lebih baik kerana kadang-kadang gereja hanya tertutup sepi bila hari minggu.

Aku percaya dan yakin bahawa kita tidak akan pernah tahu akan kehadiran Tuhan dalam hidup kita,samalah seperti semilir angin petang yang begitu lembut dan sopan menyapa wajah kita tetapi kita tidak nampak pun wajah angin itu dan samalah seperti udara yang kita hirup selama mana nafas kita bergulir di alam maya ini,apa yang kita buat adalah hirup dan terus hirup udara itu tetapi kita tidak tahu udara itu mari dari arah mana menyusup masuk ke jalan batang hidung kita maka begitu jugalah rahmat dan berkat Tuhan untuk kita umat-umatnya.Kita tidak pasti dan tahu tetapi apa yang boleh dan mesti kita buat adalah ‘yakin dan percaya’.Begitulah St Matthew Uma Nyaving ini,lambat laun suatu hari nanti ia akan berdiri teguh biar pun ribut taufan sebesar Katrina membadai.

Perjalanan muda mudi St Matthew baru sahaja bermula pada penghujung tahun 2007 di St Michael Uma Balui Ukap di mana pada masa itu mereka telah menghadiri satu seminar di sana(terima kasih kepada Bro Stephen Ding dan famili kerana sudi sediakan pengangkutan) dan terima kasih juga kepada muda mudi St Matthew kerana punya motivasi dalaman yang kuat untuk menghadiri seminar itu biar pun banyak halangan.Sepanjang seminggu aku bergaul-makan,tidur,bergurau,bernyanyi dengan mereka aku melihat bahawa ia adalah saat-saat indah dan penting yang sepatutnya perlu dikenang oleh muda mudi,kerana ia adalah saat kelahiran tim muda mudi St Matthew dan sudah tentu akan diingat juga oleh Andreas Uvet dan Ana James bila mereka berdua aku denda-berdiri di halaman rumah pada jam 12 tengah malam kerana mereka masih bising biar pun sepatutnya ‘waktu senyap’ adalah pada jam 11 malam.Saya masih ingat kehampaan di wajah Sing(Hilari Ading) apabila Fr Francis pada mulanya telah berjanji akan membaptis muda mudi secara beramai-ramai setelah seminar itu tamat,akhirnya terpaksa membatalkan rancangan itu kerana terbit masalah teknikal di saat-saat akhir,kemudian bukan dia sahaja yang hampa tetapi semua mereka,aku terpaksa tenangkan mereka dan bagitau mereka bahawa ini adalah cabaran yang Tuhan bagi untuk menguji kamu semua samada betul-betul bersedia memikul Salib bersama-sama Jesus,akhirnya mereka pun bergembira,bila malam penutup,secara peribadi aku telah melihat bahawa mereka telah berjaya menandingi muda-mudi dari gereja lain dari segi persembahan tetapi perlu diakui mereka masih dibelakang.

Sebenarnya,saya pun berkongsi hampa yang sama dengan mereka tetapi aku tidak mahu tunjukkan rasa hampa itu,dalam hati aku nekad mencadangkan kepada Katekis Nancy supaya seminar gereja mesti bertandang ke St Matthew tahun depan(2008) biar pun beliau masih ragu-ragu tetapi aku yakinkan dia-kami bersedia.Akhirnya seminar gereja pun bertandang ke St Matthew Uma Nyaving,biar pun pada realitinya Uma Nyaving bukanlah sebuah organisasi yang baik-akhirnya seminar itu berjaya dalam gagal.Berjaya kerana ramai muda mudi St Matthew Uma Nyaving telah berjaya dibaptiskan bukan oleh Fr Francis tetapi oleh Fr Ding dan beberapa pasangan suami isteri juga telah berjaya diberkati dan disahkan perkahwinan mereka(sebelumnya mereka semua sudah kahwin tetapi kahwin sivil).Gagal kerana aku banyak dihentam/dikritik dari belakang oleh individu-individu yang sepatutnya saling bekerjasama dengan diri ini,bukan hanya di Uma Nyaving tetapi aku dihentam/dikritik sampai ke gereja-gereja Katolik yang lain-aku tabah dan sabarkan diri.Aku diamkan diri Cuma dengan orang yang sangat-sangat rapat dengan diri ini sahaja aku meluahkan isi hati(biarlah rahsia) aku tidak berdendam,aku sudah maafkan mereka dari saat pertama aku dengar kritikan mereka itu.

Dan sekarang St Matthew uma Nyaving masih dalam proses evolusi diri.Aku akui akan ada kelemahan dan kekurangan tetapi sebagaimana gereja Katolik sudah mengembara di alam maya ini lebih dari dua ribu tahun,biar pun pernah melalui zaman gelap tetapi oleh kerana gereja Katolik ini telah dihidupkan atau dimulakan oleh Lord God sendiri maka ia tetap utuh berdiri sehingga sekarang.Maka begitu jugalah keyakinan dan kepercayaan ku terhadap St Matthew Uma Nyaving ini(untuk rekod Katolik sudah bertapak di uma Nyaving seawal tahun 1960an) dan ia telah melalui zaman gelapnya sendiri tetapi puji Tuhan kerana kini ia dilahirkan semula,bukan oleh diri ini,bukan oleh muda mudi,bukan oleh ketua sembahyang-Loren,bukan juga kerana Paderi tetapi oleh doa semua kita dan oleh kerana bimbingan Roh Kudus.Dalam erti kata lain kita semua hanyalah manifestasi kepada keagungan Tuhan dalam menjaga iman para umatnya di muka bumi ini.
Berbalik kepada cerita karoling:(cerita muda mudi St Matthew Uma Nyaving)

7/12/2009/isnin
Biar pun hujan renyai-renyai tetapi muda mudi tetap bersemangat,menaiki lori 3 tan milik Bro Stephen,merayap-rayap membelah kelicinan jalan balak menuju ke Bt 6,melintasi security gate syarikat balak samling mereka pakat ramai-ramai mengucapkan hai untuk pengawal dan sekitar jam 7.40pm kami pun selamat tiba di Bt 6,di sana sudah menanti muda mudi St Ambrose dan St John Sambop(mereka guna double cab 4 wheel drive) itu how kami kalah hehe..karoling bermula tepat jam 8 malam,ia dilakukan dalam suasana sederhana sahaja untuk menghormati warga Bt 6 yang baru sahaja kehilangan ahli mereka(seorang makcik meninggal dunia) sekitar jam 9malam muda mudi St Joseph tiba tetapi karoling sudah pun selesai(mereka lewat kerana masalah pengangkutan).Setelah menjamah hidangan yang disediakan oleh Bt 6 maka kami pun beransur pada jam 10malam.

8/12/2009/selasa
Malam ini muda mudi ke Long Bala,oleh kerana Bro Stephen ke Bandar Bintulu maka pakcik Saling yang membawa mereka.Malam ini saya tidak ikut serta oleh kerana timbunan kerja pejabat.Melalui cerita mereka kemudiannya,perjalanan ke sana sangat menarik dan mencabar kerana masih terpaksa melalui jalan balak(offroad) yang licin sama seperti ke Bt 6.Dari segi juadah hidangan ‘wow’ mereka dihidangkan dengan ikan baker sungai.Rugi aku tak ikut.Hehe…,selain mereka muda mudi St Ambrose pun ikut serta manakala St Joseph telah bertandang ke St Mary Uma Lesong,Uma Penan Belangan dan Divine Mercy Uma Ukit.Pn Juliana Leno(taukey Pau hehe..) sedikit mengeluh kerana dia seorang sahaja di Divine Mercy kerana waktu itu St Joseph di Uma Penan.. ‘hingga kering kerongkong ini doa dari satu bilik ke satu bilik’ dia kata haha…kami pun ketawa ramai-ramai(beliau cerita pada malam 9/12/2009)
St Matthew balik jam 10malam.

9/12/2009/rabu
Dari tempat kerja aku dan isteri membelah kepekatan malam ke St Michael Uma Balui Ukap,setibanya di sana karoling telah pun bermula,seperti biasa aku pun mengambil beberapa keping gambar muda mudi St Matthew(ambil juga gambar karoling keseluruhannya) Aku lihat mereka semakin selesa untuk bergaul dengan kawan-kawan mereka dari gereja/kampong lain,Cuma suara mereka masih ‘sumbang’ seperti suara ku juga haha… dan aku juga melihat tahun ini ketua sembahyang St Matthew begitu aktif,dari bilik ke bilik beliau mengkhabar berita gembira bahawa hari kelahiran Jesus akan tiba.Setelah selesai di St Michael kami bertandang pula ke Uma Belor,sayangnya di Uma Belor kamera digital ku sudah kehabisan bateri-aiya! Bagaimana aku boleh terlupa tidak…caj bateri? Hehe…akhirnya aktiviti karoling di Uma Belor lalu begitu sahaja tanpa ada rakaman(sama seperti di Long Bala) Kami bersurai dalam jam 11.40malam,aku dan isteri balik ke tempat kerja..aiya! lalu kawasan kuburan hehe..tak takut pun!.

10/12/2009/khamis
Malam ini,St Matthew akan menjadi stesen terakhir karoling,aku dah berbincang dengan ketua sembahyang di Uma Belor malam semalam dan beliau beritahu bahawa semuanya sudah ditanggung beres.Cerita akan menyusul besok hari.
Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan