Selasa, 6 Oktober 2009

Padi Banyak Masak tapi Orang Sikit je Menuai

Kenapa ya?
1. Kenapa umat Katolik(Asap/Koyan) sangat jarang atau tidak pernah minta dan tanamkan dalam jiwa anak-anak supaya bila dewasa/abis sekolah jadi Paderi tak pun Katekis?
2. Kenapa umat Katolik(Asap/Koyan) yang dah bekerja(berpendidikan Universiti,gaji besar) tidak mau tolong Paroki/Paderi dalam usaha majukan iman Paroki?
3. Kenapa usahawan Katolik(Asap/Koyan) bila semakin makmur dalam bisness/idup semakin jauh dari gereja?
Padi banyak tetapi orang yang sanggup menuai adalah sangat sedikit atau pun langsung tidak ada. Adakah tugas menuai padi ini kita serahkan total kepada kita punya Paderi atau Katekis? di mana tugas dan tanggungjawab dan dimana janji-janji Baptis kita? Kerana Tuhan telah memberi hidup ini untuk kita maka untuk untuk itu berusahalah kita menjadi umat Katolik yang sebaik-baiknya Katolik jadi bila kita mati suatu hari nanti maka tidak sia-sialah kehidupan kita itu sekurang-kurangnya kita telah memenuhi rancangan dan kehendak Tuhan untuk kita sekurang-kurangnya kita telah memenuhi makna dan janji baptis kita.
Sekiranya kita sudi kita bolehlah ke ladang-ladang Tuhan di Uma Ukit,Uma Penan Belangan,Uma Kelap,Uma Bawang(sekadar nama-nama ladang di daerah Asap/Koyan sahaja) jika mauk ladang yang lagi mencabar? kita bolehlah ke ladang-ladang di kawasan Penan.Aku rasa tidak perlulah kita serahkan kerja-kerja menuai ini 100% ke bahu Paderi dan Katekis kita dan tidak perlulah pula kita ke ladang-ladang yang sudah ada penuainya dan tidak perlulah kita ke ladang-ladang di mana harga padinya mahal-mahal dan setelah kita berjaya menuai beberapa guni/tan padi tidak perlulah kita memberitahu CNN dan BBC akan kejayaan kita itu cukuplah kita memberitahu Tuhan bahawa kita berterima kasih dan bersyukur kepadanya kerana DIA telah memberi peluang dan kesempatan untuk kita memulia dan memuji namanya dengan bekerja di ladang-ladangnya(Tuhan).
Terima kasih.
Edem