Khamis, 24 September 2009

Rumah Katekis


Thomas Merang @ Pak Thomas dengan gayanya yang tersendiri


Kayok Tegelem nih pe.

Setelah kerja-kerja penambahbaikan ke atas rumah paderi hampir siap kini Fr Ding berusaha pula mendirikan sebuah rumah untuk katekis yang diperkirakan akan memulakan tugasnya di Paroki St Francis Xavier Belaga(Asap) ini bermula tahun depan.Bagi aku memang patut jugalah Asap ada seorang Katekis,setelah Katekis dipanggil oleh Tuhan yang Maha Esa dan setelah Katekis Anthony Anyan dipindahkan ke Miri oleh Bishop Lee maka semenjak itu Asap tidak ada nakhoda dan semenjak itu juga segala atau apa-apa akitiviti,acara,majlis gereja Katolik biasanya hanya dipimpin oleh umat yang sudah matang dan berpengalaman sahaja,situasi begini telah berjaya sedikit sebanyak melemahkan semangat kita,kita seolah-olah seperti 'anak ayam kehilangan ibu' mujurlah situasi begitu tidak lama sekarang kita sudah ada Fr Slyvester Ding dan jika tidak aral melintang bermula tahun depan kita akan ada Katekis pula.Kerana itu harap-haraplah kita jangan berdolak dalik seribu alasan apabila Fr Ding datang minta tolong/kerjasama daripada kita semua dalam usahanya mendirikan rumah Katekis ini.

Bila direnung,bukankah ini(dirikan rumah Katekis ini) adalah tugas/sumbangan umat kepada gereja dan bukannya tugas seorang Paderi?

Nota:terima kasih daun keladi jika ada berilah lagi hehe..untuk saudara Thomas Merang,Mhd Sidek dan Nizam Masiran kerana sudi menolong saya 'memburu kayu' huhu..Semoga Tuhan memberkati kehidupan peribadi dan keluarga anda bertiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan