Jumaat, 18 September 2009

Majlis welcoming dan Birthday Rev Fr Ding

Fr Ding berpadu suara dengan umat RC Taman TunKu Miri untuk lagu 'Tiada Timur,Barat,Utara dan Selatan Dalam Kristus'
Tiup Lilin-maka genaplah umur Fr 58 tahun
Tarikh: 5/9/2009
Tempat: Uma Belor Sg.Asap
Masa:7oopm
seperti tarikh di atas telah berlangsung satu majlis untuk mengalu-alukan/meraikan kedatangan/kehadiran Fr Ding sebagai paderi paroki St Francis Xavier Belaga,maka bermula dari tarikh itu juga rasmilah sudah Fr Ding sebagai paderi Paroki,semogalah dengan kehadiran Fr Ding ini maka iman serta aktiviti-aktiviti gereja Katolik di daerah Belaga kembali subur dan hidup.Biarlah hari semalam berlalu bersama kenangan.
Terima kasih kepada Persatuan Wanita Katolik Asap/Koyan dibawah seliaan Pn Cecelia Ubong kerana dengan usaha gigih mereka maka majlis seperti di atas telah berjaya dianjurkan.Terima kasih juga kepada penduduk rumah panjang Uma Belor kerana dengan hati terbuka sudi menjadi tempat majlis berlangsung,apa yang saya perhatikan dari dahulu adalah penduduk Uma Belor ini tanpa mengira fahaman kristian mereka(sebenarnya umat SIB-Sidang Injil Borneo-lagi dominan di kampung ini) telah bersatu hati menjayakan majlis ini-semangat kerjasama dan perpaduan seperti inilah yang mesti dicontohi oleh kampung2 lain di daerah Belaga.
Selain daripada meraikan kedatangan dan harijadi Fr majlis ini juga adalah untuk meraikan ajk baru persatuan wanita Katolik AKS disamping malam untuk mengenang jasa para ajk persatuan wanita Katolik yang terdahulu.
Secara ringkas berkenaan Fr Ding.
Tarikh Lahir:5/9/1951
Ordained Priest: 1988
sebelum jadi paderi,beliau adalah SAO(Penolong Pegawai Tadbir)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan