Selasa, 11 Ogos 2009

Rumah Paderi

Rumah Paderi Sg.Asap/Koyan
Setelah agak lama tidak berpenghuni maka rumah Paderi ini telah menerima tuan barunya iaitu Fr Slyvester Ding. Terima kasih kepada Bishop Anthnony Lee kerana mengambil berat akan hal iman umat Katolik daerah Sg Asap dan Koyan.Setelah agak lama seperti seekor anak seluang yang mengharungi samudera yang maha ganas dan luas maka doa-doa umat Katolik Asap/Koyan dan doa-doa saudara serta saudari yang seiman dalam Yesus Kristus(di seluruh muka bumi ini) untuk umat Katolik di daerah Asap/Koyan kini telah terjawab. Terima kasih Tuhan dan terima kasih semuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan