Jumaat, 21 Ogos 2009

Father Wan Dalam Kenangan

1.Pagi semalam diberitakan bahawa Fr Wan telah pergi buat selama-lamanya.
2. Bagi para pelajar Katolik SMK Belaga pada zaman 1990an(mungkin juga para pelajar 1980an) tentu masing-masing ada kenangan terindah dengan Fr Wan ini.
3. Bila bercerita dengan Pn cecelia Ubong petang semalam beliau memberitahu bahawa dalam sakitnya Fr Wan masih bersemangat dan berminat hendak ke Lusong Laku(kawasan Penan) dan dia juga telah merancang akan ke daerah Asap/Koyan ini pada 5/9/2009 ini bersempena dengan majlis welcoming Fr Ding oleh umat2 Katolik Asap/Koyan dan Fr Wan juga telah merancang satu seminar rohani(belum ada tajuk) untuk umat Katolik pada bulan december ini di St Joseph Uma Badang.
4. Kini semuanya kenangan,dan bagi aku sendiri tentu saat indah 'dibaptis' oleh Fr Wan pada 3.4.1999 akan kekal abadi selamanya.
5. Jika tidak ada aral melintang,aku akan ke Miri besok hari(23/8/2009) untuk memberi penghormatan terakhir untuk Fr Wan.

Kepada kawan2,saudara saudari yang Terkasih silalah tinggalkan catatan kenang-kenangan anda bersama Fr Wan dalam blog ini sebagai kenang-kenangan.

Terima Kasih.

Salam Sayang
Thomas Edem Pudong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan