Jumaat, 28 Ogos 2009

Gereja Katolik Bakung Bt 20

Ketua Sembahyang Bt 20-Amai Yakubus Ujuk Udau
Dalam Gereja

Gereja Katolik Bt 20(Belum ada nama)


MAJLIS PERASMIAN/PEMBERKATAN GEREJA KATOLIK BT 20
TARIKH: 31/8/2009-ISNIN
JAM: 7.ooPM
Oleh:REV FR SLYVESTER DING(Paderi Paroki St Francis Xavier Belaga)
1. Hendaknya apa yang saudara saudari kita di Bt 20 usaha dan rancangkan ini akan sukses nanti.
2. Dan semoga ia membuka mata hati dan iman kita umat Katolik di Asap dan Koyan ini supaya memberi penghormatan terlebih dahulu kepada Paderi kita untuk merasmikan sesuatu acara yang berkaitan dengan gereja.
3. Saya melihat(perhatikan) kita sering mengabaikan Paderi sekiranya ada majlis rasmi merasmi aktiviti gereja ini,seringkali kita menjemput YB2.
4.Bukanlah bermakna kita tidak hormat YB(Yang Berhormat)
5.Apa tuju kita minta YB yang rasmi? untuk mudah kita minta bantuan wang ringgit? atau pun untuk mencari populariti? bermegah2? entahlah.Dari dulu aku tidak setuju.Aku minta tolong duit dengan YB hanya menggunakan telefon(bukan aku tidak hormat YB dan bukan aku tidak tau tulis surat formal) akhirnya YB bagi juga 2-3 ratus untuk aku punya gereja kampung) tidak perlu minta YB datang rasmi majlis gereja pun?
6.Sepatutnya kita mesti tahu menghargai Paderi kita dan kita mesti tahu di mana kedudukan mereka yang sepatutnya.
Salam Sayang

Fr Anthony Wan







Jumaat, 21 Ogos 2009

Father Wan Dalam Kenangan

1.Pagi semalam diberitakan bahawa Fr Wan telah pergi buat selama-lamanya.
2. Bagi para pelajar Katolik SMK Belaga pada zaman 1990an(mungkin juga para pelajar 1980an) tentu masing-masing ada kenangan terindah dengan Fr Wan ini.
3. Bila bercerita dengan Pn cecelia Ubong petang semalam beliau memberitahu bahawa dalam sakitnya Fr Wan masih bersemangat dan berminat hendak ke Lusong Laku(kawasan Penan) dan dia juga telah merancang akan ke daerah Asap/Koyan ini pada 5/9/2009 ini bersempena dengan majlis welcoming Fr Ding oleh umat2 Katolik Asap/Koyan dan Fr Wan juga telah merancang satu seminar rohani(belum ada tajuk) untuk umat Katolik pada bulan december ini di St Joseph Uma Badang.
4. Kini semuanya kenangan,dan bagi aku sendiri tentu saat indah 'dibaptis' oleh Fr Wan pada 3.4.1999 akan kekal abadi selamanya.
5. Jika tidak ada aral melintang,aku akan ke Miri besok hari(23/8/2009) untuk memberi penghormatan terakhir untuk Fr Wan.

Kepada kawan2,saudara saudari yang Terkasih silalah tinggalkan catatan kenang-kenangan anda bersama Fr Wan dalam blog ini sebagai kenang-kenangan.

Terima Kasih.

Salam Sayang
Thomas Edem Pudong

Isnin, 17 Ogos 2009

Mesyuarat Gereja


16/8/2009(2.57pm-5.25pm)
Jika tadi kita melihat alas kaki maka sekarang kita melihat wajah manusia pula hehe..ini lah saudara saudari ku yang terkasih.Hasil daripada mesyuarat itu antara lain adalah:
a) umat bersetuju akan bergotong royong(ikut gereja/kampung) mendirikan sebuah rumah untuk bakal Katekis yang akan bertugas di daerah Asap/Koyan.
b) menganjurkan majlis untuk meraikan kehadiran Father Slyvester Ding sebagai paderi Paroki menggantikan Fr. Michael. Tarikh majlis adalah pada 5/9/2009.
Ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan di bilik mesyuarat yang telah disiapkan secara bersama oleh para umat katolik Asap/Koyan dan kontraktor(sewa khas) dan bilik ini belumlah bersedia sepenuhnya tetapi tuan pengerusi majlis teruja sangat? hehe..maka mesyuarat pun berlangsung di sini.
Ada wajah-wajah yang anda kenal? hehe...


sshh!...

16/8/2009
Jangan bising da! orang tengah mesyuarat tu hehe....cuba itung berapa jumlah alas kaki ni? sampai 10? mungkin lebih sekitar 17-18 orang.Mesyuarat kedua umat Katolik Asap/Koyan bagi tahun 2009.
Ada pendapat mengatakan bahawa mesyuarat boleh dilangsungkan jika semua anggota ajk telah hadir manakala ada pendapat mengatakan tidak boleh 'mesti tunggu sehingga wakil gereja/kampung ini dan itu sampai baru boleh mula mesyuarat' dan pendapat ketiga 'mengikut perspektif/undang2 gereja Katolik bagaimana sepatutnya mesyuarat itu dianjurkan,adakah menggunakan pendapat pertama atau kedua atau sebetulnya gereja Katolik ada cara tersendiri menganjurkan mesyuarat?'. Maka kepada kawan-kawan yang seiman yang berpengalaman dan pakar dalam hal ehwal gereja Katolik dengan rendah hati saya meminta agar saudara dan saudari sudi berkongsi cerita.Terima kasih.

Rumah Paderi

Tingkat atas adalah 'hotel father' manakala tingkat bawah(putih) adalah bilik mesyuarat dan pejabat Father.Dimulakan oleh Fr Michael Mering Jok dan disiapkan oleh Fr.Slyvester Ding.(Gambar diambil pada 15/8/2009)


Selasa, 11 Ogos 2009

Rumah Paderi

Rumah Paderi Sg.Asap/Koyan
Setelah agak lama tidak berpenghuni maka rumah Paderi ini telah menerima tuan barunya iaitu Fr Slyvester Ding. Terima kasih kepada Bishop Anthnony Lee kerana mengambil berat akan hal iman umat Katolik daerah Sg Asap dan Koyan.Setelah agak lama seperti seekor anak seluang yang mengharungi samudera yang maha ganas dan luas maka doa-doa umat Katolik Asap/Koyan dan doa-doa saudara serta saudari yang seiman dalam Yesus Kristus(di seluruh muka bumi ini) untuk umat Katolik di daerah Asap/Koyan kini telah terjawab. Terima kasih Tuhan dan terima kasih semuanya.